//Forever Imperfect
ilove them :')

Tuesday 8 May 2012 @ 05:24 | 0 Comment [s]

  • ' Mak kau takkan rasa macam tulah
  • tak baik ckp macam tu zani
  • lepas ni apa apa pon, kita tebus balik. buat betul2
  • Insyaallah weh ' Ayesha

    • ' percaya ckp akui
    • Bukan rezeki kita tak boleh buat apa
    • Redha shahzani
    • mintak mak kau doakan ' Ayesha

      • ' Jangan macam ni
      • kalau kau putus asa lagi kecewa mak kau
      • sabar okay
      • kita buat betul2
      • kita tolong each other lepas ni
      • Apa pun jadi
      • aku taknak main2 dah ' Ayesha

        • ' jangan
        • kau anak diorang
        • diorang mungkin kecewa
        • but kita ada peluang tebus balikkan  ' Ayesha

          • ' shahzani
          • aku janji
          • kalau rezeki kita dekat f6 sampai tahun depan
          • kita tolong sedarkan each other okay?
          • Aku pon taknak main2 dah
          • Dah cukup ' Ayesha

            ' kau fikir tak kan sebab kau masok f6 mak ayanh nak abaikan kau , take this as a spirit untk kau terus berjaya ' Muhaiminah

            ' Kau anggap ni permulaan okay , kau anggap tuhan tengah uji kau kesabaran kita , kalau kita dapat atasi semua ni , insyaallah allah sediakan something better utk kita  , dont ever ever give up ' Muhaiminah

            ' one day kau akan buat dorg gembira , believe urself ' Muhaiminah

            • ' nvm we
            • jgn give up
            • Allah knw best
            •  ' Syafiqah

              • ' jgn putus asa
              • ada yg terbaik untuk kau nanti '  Syafiqah 

                 ' jgn fikir mcm tu zani.mak kau dh lama besarkan kau takkan pernah menyesal ada kau.peluang ada dekat mana-mana.jgn putus harapan! ' Farah


                ' Kebahagiaan akan ada untuk kau cuma sekarang belum masa nyee. Berdoa banyak-banyak k? :) ' Afifah 








Pasrah

@ 05:06 | 0 Comment [s]

 Assalamualaikum , orang cakap rezeki ada dekat mana mana je , tapi mana rezeki aku ? hmm . pada tanggal 07 MAY 2012 bersamaan dengan hari isnin , hmm semalam lah result UPU yang dinanti nantikan oleh bekas calon SPM 2011 dah keluar , and result aku

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2012/2013. 

Time aku buka ni , jantung aku terus gedebushhhhh tanggan aku menggigil , rasa macam nak menangis tapi aku tahan je sebab time tu mak ada dekat belakang aku , tengah baca novel . and aku macam seriously wei ! hari tu aku check banyak kot yang aku layak tapi kenapa satu pon tak kena dengan aku , kenapa wei ! and aku terus im echah and suruh dye check kan , betol ke apa yang aku tengok , and echah check dye cakap hmm betol . time tu aku menangis macam , i dont knoew nak cakap mana . korg pernah rasa tak yang macam diri korg ni tak berguna gila ! rasa macam buang masa korg ada dekat muka bumi ni hah macam tu la aku rasa !

hmm time tu aku memang give up habis , mak  pun dah tau , and cara mak cakap macam hmmmmm kecewa jugak la . and thats why aku menangis gila gila wei ! mata bengkak habis pagi tadi . aku rasa macam aku ni anak yang tak berguna langsung , anak yang selalu menyusahkan mak bapak . hmm rasa macam masa depan aku dah gelap habis , rasa macam semua orang benci dengan aku wei ! korg tak rasa ke :( kawan kawan aku yang lain , matriks la apa la tapi kenapa aku hmmm pity me ! 

malam tu aku menangis gila ( ulang kan ) tapi aku rasa bersyukur ada kawan kawan yang bagi balik semangat dekat aku :') mak ayah pon ada bagi semangat acu and cik . hmm tapi apa boleh buat aku still pikir yang bukan bukan . gentle now aku malu gila dengan parents aku dorg bukan tak didik aku , dorg berleter dorg hantar aku tusyen sana sini dorg bagi apa yang aku minta tapi aku ? dorg minta satu benda je pon aku tak boleh bagi ! tak guna kan aku ! tak guna gila ! aku malu wei , hmmm

and aku pon rasa dorg malu dapat anak macam aku -.- kan . hmmm i dont know la wei . aku tak tau macam mana cakap lagi aku memang . hm entah la ( drama sangat aku ni ) so lepastu aku pon dah pening kepala nak pikir nak masok apa , the only tawaran yang aku dapat Form 6 dekat sekolah lama aku , mak and ayah memang mati mati tak nak bagi aku masok F6 sebab dorg dah paham dengan perangai aku , aku pon lepas tu terus pergi rumah Kak Laili ( cikgu Hasmalaili ) dengan echah kita org mengadu la masalah aku dekat dye , and dye cakap F6 sekarang ni bla bla bla bla .

so aku , mula mula tu macam okay aku nak tunggu nak apply yang pra tu bulan 7 nanti , intake dye bulan 12 kot pastoh tetiba dorg cakap habis kau nak buat nak tunggu bende tu , so dah dipikir pikir i decide nak ambik F6 untuk sementara je . hmm budak sekolah sangat aku ni . so pagi tadi bermula la perjalanan kita orang sebagai pelajar F6 , hmm malu tu malu la jugak nak masok sekolah lama balik nanti cikgu cikgu semua cakap eh tak dapat tawaran mana mana ke ? hah kan malu tu , tapi bak kata kak laili buat apa nak malu awk ingat F6 ni terok sangat ke ? entah entah cikgu cikgu semua tu mesti seronok awk orang masok sekolah ni balik boleh la kacau dorg lagi . haha yelettew , rindu kita org cakap LOL -.-

so far F6 tadi okay , act pergi daftar je pon pastoh balik , hmm sementara nak tunggu tawaran rayuan upu aku tu better aku masok F6 dulu dok , kalau tak dapat mana mana tak ke rugi je tu kan . hmmm tapi kalau dah rezeki aku dekat F6 je insyaAllah aku akan ubah perangai aku ! aku nak tebus balik wei ! aku nak parents aku happy ada anak macam aku ! aku tak nak kecewa kan dorg lagi cukup la 4 kali aku buat dorg kecewa wei , cukup hmm ( ayat drama lagi ) bak kata mak ' dah nak berak baru nak cari lubang , gali ' ni la perangai aku masa F5 bukan F5 je F3 pon sama . hmm insyaAllah aku akan berubah from now on , insyaAllah wei !

okay dah , sambung balik after daftar F6 tu aku rancang nak cari kasut hitam and kain sekolah baru so tetiba echah ajak pergi jusco cari barang barang tu , so kita orang balik tukar baju and Aimon pick up kita org kat rumah minah , time ni aku buat dosa , haha cakap dekat mak nak cari kasut sekolah and kain tapi kita org pergi greenbox kejap after lunch pastoh baru beli barang . hmm anak derhaka sangat . sorry mak sebab tu saya sampai rumah lambat tadi :( maafkan saya ! and so saya ada CLASS esok kene tido awal cehhh ! btw belambak cina comel comel wei tadi !!!!!!!!!!!!!!!!! haha . kbye :)



Gelisah -.-

Sunday 6 May 2012 @ 02:31 | 0 Comment [s]

  Assalumalaikum semua , hmm lagi berapa jam result upu nak keluar , kau orang tak cuak ke wei -.- haihh aku ni hari ni baru nak rasa cuak , muak , puak segala bagai aku dok tengah rasa ni . tadi baru lepas on phone dengan acu , acu suruh aku tanya mak ngah kalau kalau IKM boleh apply lagi ke tak , acu suruh aku apply IKM incase kalau aku tak dapat mana mana , hmm lepastu tadi aku try buka website IKM tu acu suruh ambik yang KKM apa entah -.- and aku tengok la course yang ditawar kan , hmm semua course tak de yang menyelerakan , bukan nak tunjuk belagak tapi memang aku tak minat ada yang aku minat pun tapi kelayakan dye nak lulus pendidikan seni visual , aku mana ambik subjek tu wei -.-

  Dah bagi tau segala kesulitan tu dekat acu then acu cakap hmm tak pe lah , kita tunggu upu je la . kalau tak dapat acu cakap terpaksa masok form 6 la , jadi LAW la nanti aku -.- tapi acu minta minta aku dapat la . amin ~ hmm seriously wei aku tak tau acano nak express aku punya gelabah kat blog ni -.- aku cuak kot . macam mana kalau tak dapat , macam mana kalau ni macam mana kalau tu . haihhh banyak sangat MACAM MANA dok berlegar legar kat kepala otak aku ni . phewwww ~ kalau dapat Alhamdullilah la . aku tengok sekarang ni mak kejap kejap tanya pasal UPU kejap kejap tanya , hmm aku tahu dye risau mak mana yang tak risau pasal anak dye wei , insyaAllah mak kalau rezeki saya , saya dapat lah :')

  Tadi aku dengar mak dok cakap pasal tendang tendang bagai , yeah kalau aku tak pass memang kene tendang la . so tadi mak nasihat kan aku kalau dapat mana mana jangan la main main nanti duduk sana mak dah tak ada nak membebel suruh belajar la apa , nanti awak yang nak kene belajar sendiri tak ada sape nak suruh . kalau awak enjoy lebih belajar kurang alamatnye kene tendang la . pilih kawan nanti pilih la yang betul betul , jangan salah pilih kawan , ingat pesan mak ni :( DAYYUM aku dah rasa takut wei air mata aku dah bertakung time tu huh , boleh ke aku buat semua tu ? yang pasal kawan tu aku tak kisah sangat tapi yang pasal belajar tu -.- hmm kalau macam tu baik aku masuk form 6 , grr apa benda aku ni semua saja je shahzani wei .

  Kalau orang suruh kau belajar ke tak suruh ke benda tu semua bergantung dekat kita jugak , kalau orang suruh belajar tapi kau belajar tak ikhlas serupe orang tak suruh kau belajar ye dok ( paham ke dok ni )  aku pung dah pening dah -.- hmm kau kene yakin shahzani yang kau boleh buat semua ni insyaAllah :) yakin tau ! and lagi satu pasal UPU tu insyaAllah kau akan dapat . AMIN :)

Saturday Night

Saturday 5 May 2012 @ 07:52 | 0 Comment [s]

Annyeong peeps , happy saturday night everybadehh ^^ okay so korg buat apa je weekends ni , pergi kenduri lettew kan kan kan :) aku ? huh tak buat apo pon just tolong mak kemas rumah and jadi cikgu yang tak berbayar -.- ajar adik maths ( nak jadi cikgu kan ) insyaAllah . so okay tadi petang uncle and kak mas datang rumah , i dont know apa hajat dorg tapi aku tengok berseri seri pengantin baru tu aku terdengar dorg punye cakap cakap tadi ayah tanya pergi mana and tiba dengar uncle cakap pulau pangkor kot -.- woahh honeymoon dekat pulau pangkor seronok tak ? haha tak sabar mak nab nak kahwin , lepastu pergi honeymoon dekat Paris ( okay berangan ) hewhew .

And just now pergi pasar malam dekat bukit cheras dengan Angah tak beli apa pon jalan jalan cuci mata je . lepastu tetiba rasa macam nak membazir duit kan so singgah dekat kedai cd cetak rompak cari korean drama ye la bosan doh duduk rumah -.- hmm so nak tau tak orang yang jual cd tu cina , walawei handsome kot phewwww PAN.......................... ( gatal sangat pon tak boleh sebenarnye eh ) dah jalan jalan cuci mata sampai naik juling mata and kita orang pon balik la , tak kan nak tido dekat situ pulak eh ( tak lawak ) oh ya BTW aku ada beli casing baru !



Hello kitty sangat -.- haha 
kantoi beli dekat pasar malam -.- ahh kisah pulak aku pasar malam ke pasar pagi ke pasar petang ke beli pakai duit aku :P .

Ukiss - Doradora walawei awesome gila wei ! im so addicted to this song now !  seriously wei no matter what aku nak kene pegi jugak hari belia mana la tau kan kot kot dorg perform lagu ni ke kan , dapat tengok Kiseop ABS's secara LIVE wei phewwww PAN................ kalau korg nak tau lagu dye macam mano tudia aku dah letak dekat blog tu , best kan ? hmm to the haters aku tak tanya korg pun puihhh ( joke ) 


Dora dora dora doraga dora
Dora dora boji 
malgo doraga




DEAR U-KISS's CHOREOGRAPHER ,
THANK YOU SO MUCH FOR KILLING ME *BOW*

AND


Kiseop why you so funcking HOT lately ni ! you just ruin my bias list . how dare you baby ! LOL -.-





The Perfect Nine

Friday 4 May 2012 @ 05:21 | 0 Comment [s]

 Assalamualaikum peeps , okay aku tak ada kerja doh so I decide nak update pasal sahabat . yeah yeah aku tau ramai orang cakap yang persahabatan time dekat sekolah ni tak kisah la sekolah rendah mahu pun sekolah menengah tak kisah juga lah menengah atas atau menengah bawah selalu nye tak akan kekal pun , yang nak kekal nuhh tunggu masuk menara gading nanti baru kita jumpa our TRUE FRIENDS , whatsoever la , aku tak tau nak percaya apa yang org cakap tu ke tidak , tapi bagi aku kalau kita orang still contact via facebook , twitter or skype insyaAllah kita orang tak akan lupa each other :) amin . and lagi satu mak nab nak habaq mai orang tua tua selalu cakap la , yang jangan percaya sangat dekat kawan kawan tu dorg tu bila kita senang je ada dengan kita and bila kita susah semua pakat lari , tak macam adik beradik , so jangan nak lebih lebih kan kawan kawan tu sangat . hmm betol ke ? tak semua orang macam tu wahai orang orang tua :)Alhamdullilah kawan kawan saya yang saya kenal mereka semua sentiasa bantu tak kira la time saya sedih or gembira , mereka sentiasa ada dengan saya .

 Adik beradik saya pun saya selalu ingat jugak , no matter what orang nak cakap friendships and siblings semua nya penting dalam hidup saya termasuk family jugak :) hmm kalau saya dapat sambung belajar jauh dari dorang nanti aku nak buat satu frame , and frame tu nanti aku nak bawak balik hostel :') okay so The Perfect Nine , dah sah sah perfect nine so ahli dye pon ada sembilan lah kan tak kan sepuluh pulak ( okay tak lawak ) kita orang ada lapan kumbang and sekuntum bunga , kehkeh


Noradini Khairil  
Our kakak Long :)



Norqistina Akmar
Our Barney :)



Nurul Muhaiminah
Our Pewincesss :)


Abdul Muhaimin
Our Captain :) 


Qushwa Hasnan
Our Causelorrrrrr :)


Izzati Fauzi
Our Miss Strawberry :)


Ayesha Nadhrah
Our Penny :)


Faralina Shakirah
Our BabyMey :) 

"Ya Allah betapa aku sayang nya mereka ni , kau kekal kan la persahabatan kami ya Allah , persahabatan yang kekal sampai SYURGA  JANNAH , kau beri lah kami berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak , andai kata suatu hari kami berpisah kau cantum kan lah kembali persahabatn kami seperti sedia kala , Ya Allah kau berkatilah persahabatan kami ya Allah "
Amin .



' We shared smiles, we wiped tears , and through the years . Our friendship has grown along with us. You guys are truly a wonderful part of my life. '  muhaiminah

This is our video . tapi sayang just five of us yang ada dalam video ni . insyaAllah nanti kita orang akan buat video semua orang ada , insyaAllah :)






Selamat Petang

@ 01:28 | 0 Comment [s]

Hey fellas , tralalala pinky kan blog saya , huh pinky sangat mata ke atas tangan di bahu ( semputt ) haha . korg mesti macam , eee dye dah kenapa dah la jarang update blog tapi bila bab tukar backgroud  rajin je . hik hok bukan apa , ye ye aku mengaku aku mempunyai sifat pemalas yang melampau lampau bila nak update blog , but now aku dah berubah -.- ye lahh dulu busy lari sana lari sini vroom sana vroom sini  tapi sekarang saya dah bebas :) so ada la masa sikit sikit nak conteng conteng blog ni , dah tu aku  tengok everytime aku update blog sejak bermenjak menjak ni aku rasa macam kusam masam je blog aku ni , hah thahts why aku tukar background baru . biar isi nampak lepu tapi luaran weheeeee . okay dah la tu eh .

just realise that aku tak ambik lunch lagi -.- hmm acano tadi pon bangon tengok matahari dah terpacak tidur lambar sangat semalam ^^ sedar sedar basuh muka gosok gigi terus makan ice cream haha , style sangat aku ni  -.- lepastu sidai kain and hantar adik pergi sekolah . hari ni kan hari Jumaat so dye mengada ngada nak suruh aku hantar , nak bertmanja lettew . and lepas balik terus sambung make over blog ni and tadaa baru siap . semputt mak nab -.- . nahh ~ 2 days left result UPU nak keluar , ya Allah takot nye ( okay aku ni dah ulang ) dah latu kot , nak mandi mandi and makan :) bye peeps ~



hi

Thursday 3 May 2012 @ 11:19 | 0 Comment [s]

Hello everybadeh , jyeah new look :) haha sambung besok pulak -.- ponat dah nak tidoq agak agak lah nak lawakan blog pon sampai tak tidur dok , melampau betol -.-


Older Post
The Disclaimer

Assalamualaikum and hye peeps ^^ welcome to my blog , do follow me and i'll follow you back and don't forget to leave your comment
Thankyou :)
Every scar I have makes me who I am


Navigations!

Diary About Stuff Site

Let's Talk!




The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Shahzani :)

Best View at GOOGLE CHROME!